Monday, 21 April 2014

Mabuk Ketika Hamil



Mabuk ketika hamil adalah fenomena biasa ketika mula hamil. Kebanyakkan wanita memang melalui saat-saat ini. Jadi ia adalah normal ! Cuma bezanya sekejap @ lama sahaja. Dan jika terlalu teruk harus mendapatkan nasihat doktor, mungkin juga perlu dimasukkan ke hospital untuk pengawasan dan pemeriksaan selanjutnya. Ada juga yang terselamat dari terkena mabuk ini. Ada juga suami yang terkena.

Apakah penyebab mabuk?
Ada kajian yang mengatakan paras hormon estrogen di dalam badan wanita menjadi lebih tinggi, lalu menyebabkan terjadinya mabuk. Jika mengandung anak kembar, kesan mabuk mungkin lebih teruk. Jadi suami harus sentiasa memahami isteri dalam situasi ini.

Berapa lama mabuk?
Bermula seawal 6 minggu kehamilan sehingga 16 minggu kebiasannya. Ada juga kes yang mabuk sepanjang kehamilan ! Jadi bersabarlah wahai ibu semua.

Tip kurangkan mabuk :
  • Kerap makan dan minum, tetapi dalam kuantiti yang kecil, lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari adalah nasihat yang biasa diberi untuk memastikan air dan pemakanan yang mencukupi.
  • Makan semasa bangun tidur biasanya membantu contohnya apabila bangun dari tidur, makan beberapa keping biskut kraker dan rehat 15 minit sebelum bangun dari tempat tidur.
  • Terus makan sesuatu makanan apabila teringinkannya
  • Elakkan makan makanan berminyak, pedas atau bergoreng
  • Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya
  • Elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan
  • Minum minuman diantara hidangan untuk mengurangkan muntah
  • Mengambil halia (teh, halwa dan kapsul) terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya, udara yang bersih dan sokongan keluarga yang mencukupi.

Vitamin semasa hamil




Sharing is caring..
Nurul Farihan Idris
Pengedar Shaklee Kesayangan Anda

0 comments:

Post a Comment