Tuesday, 22 April 2014

Diabetes Semasa Hamil

Masalah kencing manis ataupun Gestational Diabetes Mellitus (GDM ) sering terjadi di kalangan wanita hamil. Walaupun sebelum ini wanita tidak menghidapnya, tetapi apabila mengandung paras glukosa dalam darah menjadi tinggi lalu menyebabkan hal ini terjadi.



Selalunya pertambahan berat yang mendadak, sejarah keluarga penghidap diabetes,  akan menyebabkan ibu hamil perlu menjalani Meal Glucose Tolerance Test (MGTT). Tetapi sekarang di klinik kerajaan,  ibu-ibu diwajibkan minum sekurang-kurangnya 1 kali iaitu ketika kandungan 7 bulan.

Ibu dikehendaki berpuasa bermula dari jam 12 tengah malam (ada juga klinik yang syorkan 10 malam) sehingga sampel darah diambil pada keesokan harinya. Contohnya 8pagi ke klinik, sampel darah 1 akan diambil, kemudian minum air gula (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air), kemudian rehat selama 2 jam iatu pukul 10, sampel darah ke 2 akan diambil. Selepas itu barulah ibu dibenarkan makan dan minum. Begitulah prosedurnya.

Kes bayi besar sering terjadi sekiranya ibu tersebut menghidap diabetes. Tetapi ada juga yang melahirkan anak yang kecil. Bergantung kepada individu sebenarnya. 


Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:
  • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji)
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
  • Elakkan makanan yang bergoreng.
Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri dan kandungan. Jika terlalu teruk, insulin akan diberikan untuk disuntik.

Sharing is caring..
Nurul Farihan Idris
Pengedar Shaklee Kesayangan Anda

0 comments:

Post a Comment